UtamaBeritaTutorialBlogTool


Category: Blog

Ruang blog 100MB

Posted By: admin on May, 01 2007

Ruang (space) blog telah ditingkatkan kepada 100MB.

Dashboard

Log-In ke dalam blog dan klik pada menu Dashboard untuk melihat jumlah baki ruang yang tinggal.


1 Comment | Category: Blog

Masukkan penanda Technorati

Posted By: admin on April, 01 2007

Untuk memasukkan penanda Technorati dalam setiap pos, gunakan tag berikut:

[tags]penanda1, penanda2[/ tags]

Technorati Tags: ,


No Comment | Category: Blog

Tambah Foto pada profile

Posted By: admin on February, 12 2007

Profile

Masukkan foto atau gambar ke bahagian profile dengan cara:

1) Log-in ke dalam blog

2) Klik menu Users -> Your Profile

3) Skrol ke bawah dan klik Browse

4) Pilih foto anda (mesti dalam format JPG)

5) Klik Update Profile

Profile

Technorati Tags: ,


1 Comment | Category: Blog

Sitemap Generator - Tool baru

Posted By: admin on February, 06 2007

Sitemap Generator versi 2.7.1 telah dipasang ke dalam semua blog.

Sitemap Generator

Dengan Sitemap Generator, anda boleh menjana sitemap untuk blog anda. Sitemap ialah fail XML yang mengandungi link-link internal page. Enjin carian moden seperti Google akan menggunakan fail XML ini sebagai rujukan bagi memastikan setiap page di dalam blog berjaya diindekskan. Dengan mengetahui kedudukan sesuatu page akan memudahkan tugas enjin pencari.

Untuk menjana sitemap:

1) Log-in ke dalam blog

2) Klik menu Options -> Sitemap

3) Klik pada button Rebuild Sitemap

Technorati Tags: ,


No Comment | Category: Blog

Selamat Datang

Posted By: admin on January, 31 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Blog ini masih dalam peringkat percubaan. Ia disediakan bagi membolehkan setiap ahli memiliki blog mereka sendiri. Tujuannya ialah supaya setiap ahli dapat berkongsi maklumat sesama mereka. Buat sementara ini pendaftaran adalah terhad, saya akan beri keutamaan kepada mereka yang pernah menghantar tutorial sahaja. Sila buat permohonan anda ke alamat admin[at]ilmuit.com atau dengan cara meninggalkan mesej di dalam komen.


13 Comments | Category: Blog