UtamaBeritaTutorialBlogTool



Hantar SMS percuma

Terdapat banyak laman web SMS yang diiklankan di internet menawarkan penghantaran mesej pesanan ringkas (SMS) ke seluruh dunia secara percuma, tetapi kebanyakannya hanya membenarkan SMS ke pengendali / operator terpilih sahaja. Bagaimanapun perkhidmatan SMS percuma yang diberi nama KuripoTxt, berfungsi seperti yang diiklankan, membolehkan penghantaran SMS antarabangsa secara percuma.

Laman web KuripoTxt mampu mengurangkan kos perbelanjaan perhubungan telekomunikasi antarabangsa. KuripoTxt bukan sahaja menghantar mesej dalam sesebuah negara walaupun berbeza syarikat telekomunikasi bahkan menghubungkan ke seluruh talian telefon mudah alih di seluruh dunia, dengan syarat ia dimulai dengan kod antarabangsa.

Layari KuripoTxt

Membuat borang dengan JotForm

Jotform

http://www.jotform.com

Bagi membolehkan pengunjung web anda menghubungi anda, anda perlu menyediakan sebuah borang untuk tujuan tersebut. Dengan JotForm, rekabentuk borang anda dari mula dengan memilih elemen-elemen yang diperlukan, mengatur dan mengubah properties borang. Selepas borang siap, anda hanya perlu menyalin kod yang telah dijana dan masukkan kedalam laman web anda.

Kemudahan borang WYSIWYG (What You See Is What You Get) ini amat sesuai untuk mereka yang tiada pengetahuan asas HTML.

JotForm
Contoh borang yang telah siap

JotForm Toolbox
Antara tool yang disediakan oleh JotForm

Technorati Tags: , ,

Download video YouTube dengan YouRipper

YouRipper

Terdapat banyak perisian percuma yang membolehkan anda memuat turun (download) video dari YouTube . Salah satu tool percuma tersebut ialah YouRipper.

Program YouRipper cuma bersaiz 3MB sahaja. Muat turun YouRipper, Install kemudian pastekan URL video dari laman web YouTube.

Download YouRipper di sini

Untuk download youtube melalui shell, boleh gunakan skrip yang ditulis oleh Weldan di sini

File Hamster

File Hamster

Buat backup secara real-time dengan File Hamster

Download: http://www.mogware.com/FileHamster/Downloads/FHDownload.html