UtamaBeritaTutorialBlogTool



WordPrexy - Wordpress Clone

Anda pengguna laman blog Wordpress.com? Pernah dengar Wordprexy? Wordprexy ialah proksi bagi laman web Wordpress.com, ia akan mengklon setiap blog yang ada dalam wordpress.com. Bagi yang ada/pernah mendaftar blog di wordpress.com, anda boleh cuba ambil contoh blog yang telah diklonkan dari wordpress.com dan buat perbandingan dengan wordprexy.com:

Yang ini contoh dari Wordpress.com

http://contoh.wordpress.com

Dan yang ini dari wordprexy.com

http://contoh.wordprexy.com

Tiada perbezaan, dari rekabentuknya hinggalah kepada content. Menurut pemilik laman web ini, idea wordprexy terhasil selepas wordpress.com menyekat pengguna-pengguna dari negara Turkey daripada menyertai komuniti Wordpress.com.

Technorati Tags: , , ,

Tool menarik untuk Blog anda

Google Gadget

Google Gadgets membolehkan anda memasukkan pelbagai jenis gadget ke dalam blog dan laman web seperti kalendar, kalkulator, permainan, enjin carian, horoskop, pemain mp3, wikipedia, foto, resipi, dan banyak lagi tool-tool menarik. Pilih saja gadget yang anda minat dan klik pada button “Get the code”. Salin kod tersebut dan tampal ke dalam dokumen HTML dalam blog atau laman web anda.

BlogBuddy

BlogBuddy

BlogBuddy (http://blogbuddy.sourceforge.net) ialah aplikasi blog untuk Windows. Fungsinya untuk menambah pos, menyunting pos baru dan lama, serta memformat teks dengan bold, italic, underline, dan hyperlink secara terus melalui Desktop tanpa perlu login ke Dashboard. Untuk menyunting blog host secara remote seperti blogger.com dan wordpress.com, anda perlu membuat aturan API terlebih dahulu.

Berikut dua contoh aturan remote API:

Blogger.com
Hostname: plant.blogger.com
Port: 80
Endpoint: /api/RPC2

Wordpress.com
Hostname: nama.wordpress.com
Port: 80
Endpoint: /xmlrpc.php