UtamaBeritaTutorialBlogTool



Ninite - Pasang Perisian Dengan Mudah

Sejak keluarnya Windows 7, ramai yang mengeluh panjang tentang kaedah pemasangan aplikasi baru. Ini boleh membuang masa pengguna dan membuatkan rasa bosan yang amat. Terima kasih kepada Ninite kerana meringankan beban pengguna.

Ninite membenarkan pemasangan lebih daripada 59 perisian tanpa melibatkan interaksi perisian dan pengguna. Apa yang anda perlu buat ialah dengan melayari laman web Ninite, pilih program-program yang diingini dan muat turun installer. Ia akan terus memulakan proses memuat perisian tanpa perlu risau akan gangguan butang “Yes”, “No”, dan “Next” dan juga toolbar tambahan.

Menghilangkan latar belakang foto dengan FotoFlexer

FotoFlexer

Adobe Photoshop mungkin sebuah program penyunting gambar yang mengkagumkan. Walaupun harganya agak mahal, Ia adalah yang terbaik kerana salah satu daripada kecanggihan Photoshop ialah alat pemadam warna latar, dan kini anda boleh melakukan perkara yang sama dengan Foto Flexer secara percuma.

Untuk membuang atau menghilangkan latar belakang pada foto:

  1. Muat naik (upload) gambar anda ke FotoFlexer dan klik pada tab “Geek”. Kemudian pilih “Smart Scissors”
  2. Dengan menggunakan tetikus, lakar atau kerat di sekeliling bahagian gambar yang ingin dikeluarkan.
  3. Setelah berpuas hati dengan hasilnya, klik “Create Cutout” dan simpan gambar yang telah siap ke dalam komputer anda.

Wallpaper untuk Telefon Bimbit

MoboPic

MoboPic membolehkan anda menghasilkan wallpaper untuk telefon bimbit. Muat naik (upload) gambar yang ingin dijadikan sebagai wallpaper, kemudian pilih model telefon anda samada dari vendor Nokia, Samsung, Sony Ericsson dan lain-lain).

Zoho - Aplikasi pejabat berasaskan web

Zoho Office

Zoho ialah aplikasi pejabat berasaskan web. Zoho mengandungi beberapa aplikasi penting seperti Zoho Writer (untuk memproses perkataan), Zoho Sheet (untuk hamparan kerja), dan Zoho Show (untuk persembahan/presentation). Terdapat juga aplikasi-aplikasi tambahan seperti Zoho Project dan Zoho Meeting. Untuk kemudahan, Zoho juga menyediakan plugin Microsoft Office bagi membolehkan anda bekerja dan menyelaras fail dari Microsoft Office.

Technorati Tags: ,

Membuat imej animasi GIF dengan Gickr

?Gickr

Jika anda mempunyai akaun Flickr, anda boleh gunakan Gickr untuk mencipta imej animasi GIF. Masukkan username Flickr anda dan juga tag foto dari Flickr, kemudian pilih imej yang ingin digunakan sebagai animasi GIF. Jika anda tidak mempunyai akaun Gickr, anda masih boleh menghasilkan animasi GIF dengan memuat naik sehingga 10 imej yang berbeza.

Technorati Tags: , ,

Memotong dan membesarkan gambar

PicResize

PizResize ialah tool untuk memotong (crop) dan membesarkan foto, imej atau gambar tanpa perlu mengakses penyunting imej seperti photoshop. Selain mengubah saiz gambar dengan mudah dan cepat, anda juga boleh menambah efek seperti equalize, gaussian blur, grayscale, oil paint, raise, sharpen, spread, dan sebagainya pada gambar anda.

http://www.picresize.com

Dengar lagu ikut mood

MusicLens

Nak dengar lagu atau muzik? Tapi tak tahu jenis muzik yang sesuai dengan mood anda? Naik dan turunkan slider - kekuatan bunyi, tempo lagu, mood, umur jantina, warna, dan lain-lain. MusicLens akan secara random memilih muzik yang sesuai mengikut keadaan semasa anda.

http://www.musiclens.de

Papan tanda elektronik

Rekabentuk papan tanda LED anda sendiri dengan Signbot. Masukkan apa saja scrolling text untuk dianimatekan untuk digunakan dalam blog atau laman web.

Signbot

http://wigflip.com/signbot

Edit foto dengan Preloadr

Jika anda pengguna Flickr, anda boleh gunakan Preloadr. Preloadr ialah penyunting foto online yang boleh digunakan untuk membuat cropping, sharpening, mengubah warna pada foto dan sebagainya. Sebelum upload ke Flickr, optimizekan foto anda terlebih dahulu dengan Preloadr.

http://www.preloadr.com

Buat thumbnail

QuickThumbnail

QuickThumbnail boleh digunakan untuk mengubah saiz imej (foto, gambar, dan sebagainya) kepada saiz yang pelbagai. Sokong format GIF, JPG dan PNG

http://www.quickthumbnail.com

Next Page »