Selamat datang Google+, selamat tinggal Facebook

Setelah beberapa kali gagal dalam saingan rangkaian sosial, syarikat gergasi Google membuat satu kejutan besar di dalam pasaran ini terutama sekali kepada syarikat rangkaian sosial terbesar yang mendominasi pasaran ini iaitu Facebook. Di tengah-tengah populariti Facebook dan Myspace, Google seolah-olah telah menemui masa yang tepat dengan memperkenalkan produk terbaru mereka yang dipanggil sebagai Google Plus (atau Google+).
Baca ulasan sepenuhnya di sini.
Dapatkan Alamat Emel @facebook.com
Laman web rangkaian sosial Facebook menampilkan ciri-ciri baru iaitu alamat emel kepada setiap penggunanya. Berbeza dengan pembekal-pembekal emel yang lain, tujuan utama Facebook ialah untuk menjadikan pengguna emel lebih sosial semasa menggunakan sistem emel. Perkhidmatan emel @facebook masih belum dilancarkan secara rasmi oleh Facebook dan masih lagi dalam peringkat jemputan (invitation).
Bagaimanapun anda masih boleh mencuba untuk mendapatkan alamat emel anda sendiri. Saya akan tunjukkan cara-cara bagaimana untuk dapatkan jemputan ini.
1) Periksa samada anda sudah memiliki username facebook sendiri.
Masuk ke alamat http://www.facebook.com/username (Lihat Rajah 1)
Sekiranya anda masih belum memiliki username sendiri, pilih sekarang dan diingatkan username yang telah dipilih tidak boleh ditukar. Alamat emel facebook anda akan menjadi username@facebook.com. Sebagai contoh, jika username anda ialah abubakar, alamat emel facebook anda akan menjadi abubakar@facebook.com.
2) Mohon jemputan
Masuk ke alamat http://www.facebook.com/about/messages/ (Lihat Rajah 2)
Klik pada butang Request an Invitation
Sila tunggu beberapa hari, anda akan mendapat akses ke alamat emel @Facebook sekiranya permohonan diterima.
Muaturun Cover MP3
Ramai di antara kalangan kita mengurus koleksi muzik dengan cara dan gaya tersendiri bagi memudahkan pencarian semula lagu-lagu. Perisian Creevity Mp3 Cover Downloader bukan sahaja membantu anda mengurus koleksi muzik tetapi juga memudahkan anda memuat turun sampul album (cover album) bagi setiap lagu. Anda boleh menambah, membuang, dan mencari cover album lagu-lagu kegemaran terus dari Internet.
Dari antaramuka hadapan, anda boleh memilih folder yang mengandungi media dan menambag/membuang cover bagi fail-fail MP3. Aplikasi ini secara automatik akan memeriksa dan memaparkan semua fail-fail Mp3 yang terdapat di dalam folder dan akan memberi pilihan kepada anda samada untuk menyimpan cover sedia ada, atau menukar dengan cover baru yang terdapat di Internet.
Muat turun Creevity
Hantar SMS percuma
Terdapat banyak laman web SMS yang diiklankan di internet menawarkan penghantaran mesej pesanan ringkas (SMS) ke seluruh dunia secara percuma, tetapi kebanyakannya hanya membenarkan SMS ke pengendali / operator terpilih sahaja. Bagaimanapun perkhidmatan SMS percuma yang diberi nama KuripoTxt, berfungsi seperti yang diiklankan, membolehkan penghantaran SMS antarabangsa secara percuma.
Laman web KuripoTxt mampu mengurangkan kos perbelanjaan perhubungan telekomunikasi antarabangsa. KuripoTxt bukan sahaja menghantar mesej dalam sesebuah negara walaupun berbeza syarikat telekomunikasi bahkan menghubungkan ke seluruh talian telefon mudah alih di seluruh dunia, dengan syarat ia dimulai dengan kod antarabangsa.
Pemain Muzik Youtube Di Desktop
Selalu tengok Youtube? Tentunya dengan melayari http://www.youtube.com bukan?
Tapi bagaimana kalau anda ingin jadikan Youtube sebagai Media Player? Muziic, satu-satunya aplikasi Desktop untuk memainkan muzik dari laman web Youtube.
Muziic ialah aplikasi desktop untuk memainkan muzik terus dari laman YouTube yang membolehkan pengguna menyimpan senarai muzik dan video kegemaran sebagai playlist. Semua fungsi di dalamnya adalah YouTube itu sendiri. Apa yang perlu anda buat ialah dengan membuat carian artis atau lagu kegemaran dalam kotak carian Search.
Panel kanan menempatkan preview video bagi muzik yang dimainkan sementara di bahagian
bawah pula adalah opsyen untuk mengurus playlist. Cara penggunaannya mudah. Untuk menambah lagu ke dalam playlist, tekan butang ‘+’ bagi setiap keputusan carian. Kemudian klik Save untuk menyimpan.
Ninite - Pasang Perisian Dengan Mudah
Sejak keluarnya Windows 7, ramai yang mengeluh panjang tentang kaedah pemasangan aplikasi baru. Ini boleh membuang masa pengguna dan membuatkan rasa bosan yang amat. Terima kasih kepada Ninite kerana meringankan beban pengguna.
Ninite membenarkan pemasangan lebih daripada 59 perisian tanpa melibatkan interaksi perisian dan pengguna. Apa yang anda perlu buat ialah dengan melayari laman web Ninite, pilih program-program yang diingini dan muat turun installer. Ia akan terus memulakan proses memuat perisian tanpa perlu risau akan gangguan butang “Yes”, “No”, dan “Next” dan juga toolbar tambahan.
Menghilangkan latar belakang foto dengan FotoFlexer

Adobe Photoshop mungkin sebuah program penyunting gambar yang mengkagumkan. Walaupun harganya agak mahal, Ia adalah yang terbaik kerana salah satu daripada kecanggihan Photoshop ialah alat pemadam warna latar, dan kini anda boleh melakukan perkara yang sama dengan Foto Flexer secara percuma.
Untuk membuang atau menghilangkan latar belakang pada foto:
- Muat naik (upload) gambar anda ke FotoFlexer dan klik pada tab “Geek”. Kemudian pilih “Smart Scissors”
- Dengan menggunakan tetikus, lakar atau kerat di sekeliling bahagian gambar yang ingin dikeluarkan.
- Setelah berpuas hati dengan hasilnya, klik “Create Cutout” dan simpan gambar yang telah siap ke dalam komputer anda.
Membuat borang dengan JotForm

Bagi membolehkan pengunjung web anda menghubungi anda, anda perlu menyediakan sebuah borang untuk tujuan tersebut. Dengan JotForm, rekabentuk borang anda dari mula dengan memilih elemen-elemen yang diperlukan, mengatur dan mengubah properties borang. Selepas borang siap, anda hanya perlu menyalin kod yang telah dijana dan masukkan kedalam laman web anda.
Kemudahan borang WYSIWYG (What You See Is What You Get) ini amat sesuai untuk mereka yang tiada pengetahuan asas HTML.

Contoh borang yang telah siap

Antara tool yang disediakan oleh JotForm
Technorati Tags: JotForm, Form, Borang
Makcik PC

Bagi merapatkan jurang digital, syarikat MIMOS Berhad telah memperkenalkan sebuah komputer peribadi yang diberi nama Makcik PC. Dengan terciptanya komputer tablet ini, diharap supaya ia boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada golongan muda malah kepada semua lapisan masyarakat.
p/s: cari gambar makcik pc tak jumpa pulak kat Internet.
Updated Picture: Credit to Lowyat.net
Technorati Tags: mimos, makcikpc, tablet pc

FACEBOOK
GOOGLE+
TWITTER
RSS












